Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalau lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke bandar Lumut. Terdapat perkhidmatan bas-ekspress KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pulau Pangkor dalam masa 30 minit sahaja.
Anda akan menggunakan perkhimatan teksi (van) untuk ke resort pilihan sama ada di Pasir Bogak atau pun Teluk Nipah dalam masa 5 - 15 minit dengan kadar tambang yang berpatutan.
Di sini kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melapangkan masa untuk melayari blog ini, semuga nanti anda akan merancang bersama keluarga dan teman-teman dan memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian.
Justeru itu ingin dimaklumkan bahawa kami sedia menguruskan tempahan hotel dan chalet di Pulau Pangkor terutamanya Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah.
Di antaranya seperti Puteri Bayu Resort, Coral Bay Resort, Suria Beach Resort, Purnama Beach Resort, Palma Beach Resort, Pangkor Bayview Resort, Pangkor Indah Resort, Pangkor Inn, Hornbill Resort, Nipah Water Front dan banyak lagi.
Sila talipon saya 017-594 5151 & 019-515 6161 AZMI

08050007921052 @ TELUK IMPIAN



















































































